Dubai + Abu Dhabi
6 HARI 4 MALAM
HARGA PAKEJ
- CWB: Kanak-kanak Berkatil | CNB: Kanak-kanak Tanpa Katil
- Semua Harga yang dinyatakan adalah untuk seorang
Termasuk
- Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg
- Penginapan Hotel 4 bintang lengkap sarapan pagi
- Lawatan ke bandar Abu Dhabi
- Lawatan ke Qasr Al Watan
- Dhow cruise Marina termasuk hiburan
- Safari di padang pasir dengan makan malam
- Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin yang selesa
- Perkhidmatan ketua rombongan professional
- Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
- Tips Pemandu Pelancong
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Tidak Termasuk
- Travel & Covid-19 Insurans
- Tiket masuk At the Top Burj Khalifa dan Ferrari World
- Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
- Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
- Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
JADUAL PERJALANAN
Berkumpul di KLIA untuk perlepasan. Tiba di Sharjah International Airport (SHJ) untuk berjumpa dengan pemandu pelancong di sana. Para peserta akan dibawa terus melawat sekitar bandar Dubai. Peserta akan singgah di kawasan Bastakiya dan Al Fahdi. Kawasan itu merupakan sebuah kawasan bersejarah dan salah satu wilayah tertua di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Kemudian, peserta akan mengunjungi ABRA iaitu yang bermaksud ‘jalan’ yang merupakan mod pengangkutan paling tradisional di bandar ini. Singgah sebentar di Gold dan Spice Market untuk membeli rempah ratus dan emas. Makan tengah hari di Arabian Rest. Seterusnya, bergambar seketika di Dubai Mall dan The Top Burj Khalifa. Perjalanan diteruskan ke Dubai Fountain. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam di Dubai.
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa untuk singgah bergambar di Jumeirah Beach, Burj Al Arab dan melawat Souk Madina Jumeirah. Makan tengah hari di Thai Rest. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Atlantis Hotel untuk berhenti bergambar. kemudian, melawat Dubai Marina, JBR. Peserta juga berpeluang untuk singgah bergambar di hadapan Bluewaters dan AIN Dubai. Pada sebelah malam pula, peserta akan berpeluang menaiki Dhow cruise di jeti Dubai Marina sambil menikmati hidangan makan malam selama 2 jam perjalanan. Perjalanan cruise akan melalui kawasan Dubai Marina Mall, Palm Jumeirah, Atlantis Hotel dan Burj Al Arab iaitu bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Di dalam cruise, para tetamu akan disajikan dengan pemandangan yang memukau pada waktu sebelah malam di mana terdapat pilihan dek atas open-air dan dek bawah berhawa dingin sepenuhnya. Tetamu akan diberi minuman seperti soft drinks, house beverage, teh dan kopi yang unlimited sepanjang perjalanan di atas cruise. Kelengkapan yang disediakan di atas cruise juga sangat selesa dan lengkap dengan fasiliti seperti tandas. Peserta kemudian akan pulang semula ke hotel untuk beristirehat.
Sarapan pagi di hotel. Aktivti bebas sehingga waktu tengah hari. Pada waktu petang, peserta akan dijemput dari hotel dan merasai menaiki pacuan 4 roda ke Padang Pasir Arab untuk melawat kawasan padang pasir. Kemudian, peserta berpeluang untuk melihat matahari terbenam dari puncak padang pasir dan terus pergi ke Bedouin Campsite yang terletak ditengah tengah padang pasir. Di sini, terdapat BBQ makan malam akan disajikan buat para peserta untuk dinikmati. Peserta pulang ke hotel semula.
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dijemput dari hotel dan menuju ke bandar Abu Dhabi. Perjalanan akan memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Dubai. Peserta akan melawat Grand Mosque dan Heritage Village. Makan tengah hari di Chinese Rest. Singgah bergambar di hadapan Emirates Palace, Etihad Towers, Yas Mall dan Ferrari World. Peserta juga berpeluang untuk melawat Qasr Al Watan di Abu Dhabi. Kembali ke Dubai. Makan malam di Al Khoory Courtyard hotel dan bermalam di sana.
Sarapan pagi di hotel & daftar keluar. Aktiviti bebas di Mall of Emirates untuk membeli belah. Makan tengah hari di restoran tempatan. Singgah bergambar di hadapan Dubai Frame, Museum of The Future dan Zabeel Palace. Pada waktu petang, Peserta akan berkumpul dan bergerak ke Sharjah International Airport (SHJ) untuk pulang ke Kuala Lumpur.
TARIKH PERLEPASAN
- 16 – 20 Feb 2024
- 23 - 27 Feb 2024
- 1 – 5 Mac 2024
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan Kawan International Travel Sdn Bhd tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Kawan International Travel Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
- Sila rujuk polisi penuh yang telah disediakan di borang pendaftaran.
- Kawan International Travel Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
- Bayaran pendahuluan RM1,200/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
- Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.